Ahad, 5 Julai 2009

terubat rindu

Sudah lama saya tidak merasai perasaan begini . Kalau dahulunya , ketika masih di pondok moden setiap hari jadualnya penuh dengan talaqqi . Bangun pagi sampailah waktu isyak dan adakala lepas isyak pun ada pelajaran lagi . Lepas solat subuh , pasti kami akan mengadap tok-tok guru baik samada di masjid mahupun di bilik kuliah .Kebiasaannya waktu subuh adalah madah untuk guru-guru tua(orang lama), ustaz weil , syeikh wazir , ustaz lah . Manakala pagi jumaat kami pergi ke rumah ustaz harun(pauh lima) menadah kitab syarah ibnu aqil.Begitulah rutin kami selama 6 tahun...
ustaz haji wazir


Tapi , sampai ke mesir suasana itu susah untuk saya jumpainya . Mungkin ada sahaja kelas-kelas talaqqi tapi agak susah dijumpai , khususnya di dumyat atau itu hanya alasan untuk menutup kemalasan diri hemm...Tapi habis sahaja imtihan fasal kedua saya dah nekad turun kaherah nak mencari kembali suatu yang saya rindui itu...

ustaz ismail maghribi

Pagi tadi 5.7.2009 , perasaan itu dapat dirasai lagi . Semasa turun , sempat saya meluahkan pada sahabat saya hafifi , pi macam duduk pondok pulak rasanya bila kami sama-sama turun menuju masjid walidain . Begitulah dulunya rutin harian kami yang hanya menjadi kenangan indah buat kami .

Sampai sahaja di masjid , iqomat memanggil kami untuk terus menunaikan solat . Sudah solat , kami menunggu syeikh hisyam sambil-sambil berwirid nafsi-nafsi .Apabila syeikh dah bangun kami segera mengikutinya dan terus membuat halaqah dan syeikh memulakan pengajian balaghah berpandukan kitab Al-balaghah al-wadihah , kitab yang pernah kami khatam ketika di pondok masa tahun 3 seingat-ingat saya .

Yang membuat saya teringat kenangan lalu ialah suasananya , kalau dulunya begitulah saya duduk , bersila kadang-kadang bertukar silanya sekarang pun tetap tak berubah hehehe... Dan saya masih lagi dapat merasai perasaan mendhobit kitab (ikut istilah pondok). Kalau dulu tok-tok guru akan menyuruh , dhobit ni... maka kami akan dhobit . Sekarang pun saya masih lagi dapat merasai suatu yang indah itu alhamdulillah...terubat juga rindu ini!!!

Pagi tadi merupakan mukaddimah pengajian kitab balaghah tu . Ustaz harun selalu pesan pada kami suatu ketika dahulu , kalau nadah kitab , awal dengan akhir wajib masuk!!! katanya ada tabarruk(berkat)maknaya mukaddimah dan khatimah mesti masuk . Walau saya tak mungkin mulazamah sehingga khatam , kerana bermula sahaja kuliah nanti saya akan kembali ke dumyat , cukuplah bagi saya seandainya mendapat keberkatan ilmu itu...amiin.
ustaz haji harun pauh lima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::zikroyat::. | Template Blue by TNB