Sabtu, 11 Julai 2009

perginya seorang sahabat

Pada pukul 4.30pm waktu mesir , saya mendapat berita yang menyedihkan hati ini perginya seorang sahabat yang amat dikasihi dan disayangi kerana ALLAH . Tanpa diduga terlalu awal dia dijemput sang pencipta . Dalam umur yang begitu muda(26tahun) dia telah pun pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya , perginya tidak dapat dihidu sesiapa pun melainkan ALLAH sahaja .

Diri ini amat terkilan kerana khabarnya dia akan terbang ke bumi mesir ini selepas raya aidil fitri nanti. Dalam percaya atau tidak saya tidak menyangka dia akan datang ke sini kerana umurnya yang agak lewat kiranya untuk masuk tahun satu al-azhar , tetapi itulah sahabat saya tinggi hemahnya .

Sebelum kedatangan saya ke mesir , kami sempat berbual soal sambung pengajian ke mesir , dia meluahkan akan kesukaran perbelanjaannya . Namun dengan berbekalkan hemat yang tinngi itulah saya menyangka dia mengambil keputusan untuk mengajar sementara waktu di sekolah lamanya tahfiz al-balaghulmubin pasir mas untuk mencari bekalan menampung kos pengajiannya disini, ALLAH...

Namun perancangan hamba tidak mampu mengubah qoda' qodar yang telah ditentukan sang penciptanya . Sabtu 11.7.2009 adalah hari yang ditetapkan ALLAH untuk menjemput sahabat saya . Hanya doa dan harapan saya agar sahabat ini mendapat husnul khatimah meninggalkan dunia ini dalam keadaan menuntut ilmu ALLAH . Syahidnya sahabatku dimedan ilmu... YA ALLAH JADIKAN SAHABATKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN NABI-NABI , SYUHADA' DAN SOLIHIN...

Al-fatihah untuk sahabatku khairul anuar radin , semoga ALLAH merahmatimu dialam barzakh nanti , semoga ALLAH menggantikan kehidupan yang lebih baik untukmu disana...amiiin...


nuar berdiri tiga dari kanan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::zikroyat::. | Template Blue by TNB