Selasa, 14 Julai 2009

berkat anugerah ALLAH

Sudah dua pagi saya menadah kitab fawakih janiyyah syarah kepada kitab mutammimah bersama syeikh hisyam , kitab mutammimah pula adalah syarah kepada matan ajurumiyyah . Kitab mutammimah ada satu lagi syarah yang amat masyhur iaitu kitab kawakib durriyyah sehingga namanya menenggelamkan nama mutammimah itu sendiri . Kalau ditanya pelajar-pelajar pondok atau sesiapa sahaja kamu belajar nahu kitab apa? pasti mereka menjawab kitab kawakib walhal sebenarnya yang mereka belajar adalah kitab mutammimah .

Menadah kitab fawakih ini membuat saya mengenangkan pengalaman lama . Kisahnya mengenai kitab mutammimah melalui pengalaman saya ketika berada di tahun satu di pondok moden dahulu . Kitab ini merupakan muqarrar bagi tahun satu di pondok moden . Guru yang mengajar kami ketika itu ialah almarhum ustaz zakaria abdul latif .

Seperti kebanyakan sahabat-sahabat yang lain , diawal-awal pengajian kami di pondok moden membuat kami bingung tak tahu apakah yang diajar dan apakah yang kami belajar , dahlah mula lepas subuh habisnya waktu isya' , yang pasti apa sahaja yang ustaz ajar kami akan dhobit dengan cara tersendiri , ada yang lurus ada yang senget dan bermacam-macam lagi seni dhobit sahabat-sahabat saya hehehe...kadang-kadang tengok kitab sendiri pun malu.

Namun kami tetap bersabar dan tekun dalam belajar ,sekalipun kami tidak putus asa . Sesuatu yang paling kami tak kan lupakan ialah pesanan ustaz zakaria kepada kami ; ngaji ni anok-anok memang payoh...nak-nak ngaji nahu memang tak nampok gapo mulo-mulo ni...tapi sabar!!! Ado setengoh oghe maso ngaji pehe selalu , ado oghe lepas ngaji baru pehe , ado oghe habis kitab baru pehe . Tapi hok penting ngaji , lamo-lamo nyo buleh la , berkat akan mari... Itulah pesanan yang penuh hikmah yang saya pegang sampai kini .

Masa terus berlalu , kami istiqomah belajar kawakib dari satu muka ke muka yang lain , dari satu huruf ke huruf yang lain sambil ustaz ya tekun menerangkan isi kitab tanpa mengenal penat dan lelah nya , umurnya waktu itu telah menjangkau 73 tahun sangat uzur... tambah-tambah lagi ustaz telah melakukan opret mata . Sayu hati kami melihat ustaz ya , mengajar sambil mengalir air matanya mulutnya terketar-ketar...

ustaz haji zakaria abdul latif

Kami terus belajar walau banyak yang kami tak paham kerana berpegang kepada kata-kata ustaz ya . Dengan berkat ustaz ya , alhamdulillah kami dapat merasai manisnya kata-katanya , khatam sahaja kitab mutammimah itu ALLAH telah membuka kepada kami futuhat yang kami sendiri tidak menyangkanya(kerana kami tak paham pun pada asalnya) , kami mampu menguasai nahu walaupun tak lah semantap mana . Bolehlah baca kitab turath sikit-sikit...

Saya akan sentiasa mengingati pengalaman ini , pengalaman yang tak dapat dirasai melainkan orang-orang yang melaluinya sendiri...ALLAH...ALLAH...ALLAH. Dengan berbekalkan keberkatan inilah kami tidak lagi bingung seperti dahulu , mubtada' khobar kami tak kenal , fe;il fa'elnya tertukar tetapi sekarang alhamdulillah... Terkadang terlintas soalan macam mana kami mampu menguasai nahu ni? fikir punya fikir jawabnya berkat...

Sabtu, 11 Julai 2009

perginya seorang sahabat

Pada pukul 4.30pm waktu mesir , saya mendapat berita yang menyedihkan hati ini perginya seorang sahabat yang amat dikasihi dan disayangi kerana ALLAH . Tanpa diduga terlalu awal dia dijemput sang pencipta . Dalam umur yang begitu muda(26tahun) dia telah pun pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya , perginya tidak dapat dihidu sesiapa pun melainkan ALLAH sahaja .

Diri ini amat terkilan kerana khabarnya dia akan terbang ke bumi mesir ini selepas raya aidil fitri nanti. Dalam percaya atau tidak saya tidak menyangka dia akan datang ke sini kerana umurnya yang agak lewat kiranya untuk masuk tahun satu al-azhar , tetapi itulah sahabat saya tinggi hemahnya .

Sebelum kedatangan saya ke mesir , kami sempat berbual soal sambung pengajian ke mesir , dia meluahkan akan kesukaran perbelanjaannya . Namun dengan berbekalkan hemat yang tinngi itulah saya menyangka dia mengambil keputusan untuk mengajar sementara waktu di sekolah lamanya tahfiz al-balaghulmubin pasir mas untuk mencari bekalan menampung kos pengajiannya disini, ALLAH...

Namun perancangan hamba tidak mampu mengubah qoda' qodar yang telah ditentukan sang penciptanya . Sabtu 11.7.2009 adalah hari yang ditetapkan ALLAH untuk menjemput sahabat saya . Hanya doa dan harapan saya agar sahabat ini mendapat husnul khatimah meninggalkan dunia ini dalam keadaan menuntut ilmu ALLAH . Syahidnya sahabatku dimedan ilmu... YA ALLAH JADIKAN SAHABATKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN NABI-NABI , SYUHADA' DAN SOLIHIN...

Al-fatihah untuk sahabatku khairul anuar radin , semoga ALLAH merahmatimu dialam barzakh nanti , semoga ALLAH menggantikan kehidupan yang lebih baik untukmu disana...amiiin...


nuar berdiri tiga dari kanan...

Ahad, 5 Julai 2009

terubat rindu

Sudah lama saya tidak merasai perasaan begini . Kalau dahulunya , ketika masih di pondok moden setiap hari jadualnya penuh dengan talaqqi . Bangun pagi sampailah waktu isyak dan adakala lepas isyak pun ada pelajaran lagi . Lepas solat subuh , pasti kami akan mengadap tok-tok guru baik samada di masjid mahupun di bilik kuliah .Kebiasaannya waktu subuh adalah madah untuk guru-guru tua(orang lama), ustaz weil , syeikh wazir , ustaz lah . Manakala pagi jumaat kami pergi ke rumah ustaz harun(pauh lima) menadah kitab syarah ibnu aqil.Begitulah rutin kami selama 6 tahun...
ustaz haji wazir


Tapi , sampai ke mesir suasana itu susah untuk saya jumpainya . Mungkin ada sahaja kelas-kelas talaqqi tapi agak susah dijumpai , khususnya di dumyat atau itu hanya alasan untuk menutup kemalasan diri hemm...Tapi habis sahaja imtihan fasal kedua saya dah nekad turun kaherah nak mencari kembali suatu yang saya rindui itu...

ustaz ismail maghribi

Pagi tadi 5.7.2009 , perasaan itu dapat dirasai lagi . Semasa turun , sempat saya meluahkan pada sahabat saya hafifi , pi macam duduk pondok pulak rasanya bila kami sama-sama turun menuju masjid walidain . Begitulah dulunya rutin harian kami yang hanya menjadi kenangan indah buat kami .

Sampai sahaja di masjid , iqomat memanggil kami untuk terus menunaikan solat . Sudah solat , kami menunggu syeikh hisyam sambil-sambil berwirid nafsi-nafsi .Apabila syeikh dah bangun kami segera mengikutinya dan terus membuat halaqah dan syeikh memulakan pengajian balaghah berpandukan kitab Al-balaghah al-wadihah , kitab yang pernah kami khatam ketika di pondok masa tahun 3 seingat-ingat saya .

Yang membuat saya teringat kenangan lalu ialah suasananya , kalau dulunya begitulah saya duduk , bersila kadang-kadang bertukar silanya sekarang pun tetap tak berubah hehehe... Dan saya masih lagi dapat merasai perasaan mendhobit kitab (ikut istilah pondok). Kalau dulu tok-tok guru akan menyuruh , dhobit ni... maka kami akan dhobit . Sekarang pun saya masih lagi dapat merasai suatu yang indah itu alhamdulillah...terubat juga rindu ini!!!

Pagi tadi merupakan mukaddimah pengajian kitab balaghah tu . Ustaz harun selalu pesan pada kami suatu ketika dahulu , kalau nadah kitab , awal dengan akhir wajib masuk!!! katanya ada tabarruk(berkat)maknaya mukaddimah dan khatimah mesti masuk . Walau saya tak mungkin mulazamah sehingga khatam , kerana bermula sahaja kuliah nanti saya akan kembali ke dumyat , cukuplah bagi saya seandainya mendapat keberkatan ilmu itu...amiin.
ustaz haji harun pauh lima
 

©2009 .::zikroyat::. | Template Blue by TNB