Sudah lama saya tidak merasai perasaan begini . Kalau dahulunya , ketika masih di pondok moden setiap hari jadualnya penuh dengan talaqqi . Bangun pagi sampailah waktu isyak dan adakala lepas isyak pun ada pelajaran lagi . Lepas solat subuh , pasti kami akan mengadap tok-tok guru baik samada di masjid mahupun di bilik kuliah .Kebiasaannya waktu subuh adalah madah untuk guru-guru tua(orang lama), ustaz weil , syeikh wazir , ustaz lah . Manakala pagi jumaat kami pergi ke rumah ustaz harun(pauh lima) menadah kitab syarah ibnu aqil.Begitulah rutin kami selama 6 tahun...
ustaz haji wazir Tapi , sampai ke mesir suasana itu susah untuk saya jumpainya . Mungkin ada sahaja kelas-kelas talaqqi tapi agak susah dijumpai , khususnya di dumyat atau itu hanya alasan untuk menutup kemalasan diri hemm...Tapi habis sahaja imtihan fasal kedua saya dah nekad turun kaherah nak mencari kembali suatu yang saya rindui itu...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghYM8vvgbV6yGbLDcdpBDtddDTB3hUkTOyV8m5O2SesXMD_Y34apl3SbsVFNySnEUNOJYl_Szu5iFv5RPLc5uy3vnzhUbq7Gm1ZSE26buUmO6on32C2DrjhxJ-OsWEwIOghesygXA0fN4/s320/1_118442154m.jpg)
ustaz ismail maghribi
Pagi tadi 5.7.2009 , perasaan itu dapat dirasai lagi . Semasa turun , sempat saya meluahkan pada sahabat saya hafifi , pi macam duduk pondok pulak rasanya bila kami sama-sama turun menuju masjid walidain . Begitulah dulunya rutin harian kami yang hanya menjadi kenangan indah buat kami .
Sampai sahaja di masjid , iqomat memanggil kami untuk terus menunaikan solat . Sudah solat , kami menunggu syeikh hisyam sambil-sambil berwirid nafsi-nafsi .Apabila syeikh dah bangun kami segera mengikutinya dan terus membuat halaqah dan syeikh memulakan pengajian balaghah berpandukan kitab Al-balaghah al-wadihah , kitab yang pernah kami khatam ketika di pondok masa tahun 3 seingat-ingat saya .
Yang membuat saya teringat kenangan lalu ialah suasananya , kalau dulunya begitulah saya duduk , bersila kadang-kadang bertukar silanya sekarang pun tetap tak berubah hehehe... Dan saya masih lagi dapat merasai perasaan mendhobit kitab (ikut istilah pondok). Kalau dulu tok-tok guru akan menyuruh , dhobit ni... maka kami akan dhobit . Sekarang pun saya masih lagi dapat merasai suatu yang indah itu alhamdulillah...terubat juga rindu ini!!!
Pagi tadi merupakan mukaddimah pengajian kitab balaghah tu . Ustaz harun selalu pesan pada kami suatu ketika dahulu , kalau nadah kitab , awal dengan akhir wajib masuk!!! katanya ada tabarruk(berkat)maknaya mukaddimah dan khatimah mesti masuk . Walau saya tak mungkin mulazamah sehingga khatam , kerana bermula sahaja kuliah nanti saya akan kembali ke dumyat , cukuplah bagi saya seandainya mendapat keberkatan ilmu itu...amiin.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMuJUUxDhJpGP3y743u0iikZFJGT00fXBFVsaNQMO6slXDSp5Xf-UqVSq-KpwdZMWMyTLXSYSa_Q933ccy_erRkjV2w_8UhAVkF_qMwPFrWx3mfJ0Yj-jbYryynbORb_Qe8vsdXEdZ08Y/s320/1_634161359m.jpg)
ustaz haji harun pauh lima