Sabtu, 8 Ogos 2009

DAH HABIS...

Alhamdulillah setelah genap sebulan saya dan beberapa orang sahabat memasuki markaz nil , hari ini 8.8.09 kami telah menamatkan mustawa sabi' dengan jayanya hehe...'ala kulli hal ianya bukan bermakna selesai sudah perjuangan kami kerana masih lagi berbaki 3 4 mustawa lagi...cuma saya terpaksa tawaqquf sebentar untuk memberi laluan dan ruang kepada sahabat saya untuk mempersiapkan dirinya untuk berjuang dimedan dirasah 'ulya pula , baru-baru ini dia telah merangkul JAYYID JIDDAN dalam kuliah arabiyah di kaherah , di markaz nil pula insyaallah dia merangkul MUMTAZ.. saya mendoakan sahabat saya ini agar dapat meneruskan jihadnya di dirasah 'ulya pula dan mendapat natijah yang diharap-harapkan...

Markaz nil banyak juga faedahnya walhal ilmu yang diajarnya kebanyakannya telah kami lalui masa di pondok moden suatu ketika dahulu . cuma cara penyampaian ilmu itu tidaklah sama dengan cara penyampaian di pondok . ya , itulah perbezaan antara sistem turath dan sistem pengajian zaman moden ini .

Kedua-dua sistem ini ada baik dan ada kurangnya juga . sistem turath bagi saya amat berkesan untuk kita menguasai kitab-kitab turath , ini kerana saya berkeyakinan bahawa sesiapa sahaja yang tidak melalui sistem pondok atau turath besar kemungkinan tidak mampu untuk menguasai kalam para ulama' yang tersimpan indah diperut-perut kitab kuning . manakala sistem moden ini lebihnya ialah kita diajar cara ataupun gaya bahasa arab yang moden yang besar kemungkinan tidak mampu dikuasai oleh pelajar-pelajar pondok . maaf kalau terasa deh....

Kelemahan sistem turath pula ialah , kadang-kadang kita mampu baca kitab siap dengan ikrab yang halus-halus tetapi bila tiba masa untuk menulis dan bercakap mulalah kita tergaru-garu kepala yang memang tak gatal pun serta-merta peluh dingin pun mula memercik didahi kita...amacam?betul?. manakala sistem moden pula kelemahannya sudah pasti nak ikrab halus-halus macam orang pondok agak mustahil adatnya sementelah lagi nak baca dan rujuk kitab-kitab kuning . sekadar kenal isim , fael , mubtada khobar dan lain-lain insyaallah boleh mengikut sangkaan saya .

Secara mudahnya saya simpulkan kedua-kedua sistem ini mesti kena kita lalui jangan hanya memadai dengan salah satunya sahaja malulah kita andai nanti menjadi ulama' kita tidak mampu menguasai ilmu turath dan ilmu muasiroh . alangkah baiknya kita menguasai kedua-dua ilmu tersebut . kadang-kadang kita anggap orang tu ulama' tok guru tapi baca kitab baris lintang pukang ini amatlah aib bagi saya dan aib juga andai ulama' tok guru tidak mampu bercakap arab dan menulis arab , kenapa?jawablah sendiri... sama-samalah kita khususnya buat sahabat-sahabat dimesir untuk mendalami ilmu turath serta kita lengkapkan diri dengan ilmu muasiroh(semasa) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::zikroyat::. | Template Blue by TNB