Selasa, 11 Ogos 2009

MACAM-MACAM UJIAN


Segala puji dan puja bagi Allah , selawat salam keatas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w serta sahabat dan ahli keluarganya sekalian . sesungguhnya ujian itu amat banyak untuk kita tempuhi dan bentuk ujian itu pula berbagai-bagai , itulah sunnatullah yang ditetapkan kepada kita sebagai hambanya bukanlah ujian itu tanda kita dibenci Allah akan tetapi ujian itu semata-mata untuk menguji tahap kesabaran atau syukur kita padaNYA .

Kali ini tulisan ini diajukan khusus pada diri sendiri dan umumnya pada sahabat-sahabat semua . setelah natijah imtihan sudah pun keluar maka berbagai-bagailah keajaipan bumi mesir menzahirkan dirinya . semua yang kita jangka yang kita yakin dan sebagainya sangat meleset dan tersasar , yang kita rasa mumtaz tiba-tiba dhoif jiddan , yang kita rasa dhoif jiddan tiba-tiba najah bahkan mumtaz , pelik mesir nih... justeru itu ramailah yang kecewa dan bersedih atas keajaipan bumi mesir ini , yang tak merasai anda tidak layak untuk berkata-kata lebih-lebih lagi untuk merendah=rendahkan sahabat-sahabat yang tersasar dari jangkaannya silap-silap haribulan anda yang kena nanti na'uzubillah...

Pada yang najah sudah pasti anda gembira , happy , istareh dan sebagainya tetapi jangan anda lupa bahawa kejayaan atau najah juga merupakan ujian dari Allah . betul ke najah pun ujian? ya , najah juga ujian Allah kerana apa sahaja aturan hidup kita ini adalah ujian testing dari Allah pada hambanya samada kita melakukan yang terbaik atau sebaliknya . bagi yang najah menjadi kewajipan anda BERSYUKUR pada Allah , firman Allah yang bermaksud : jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah-nambahkan nikmat kepada kamu tetapi andai kamu kufur tidak bersyukur ingatlah azabku amat dahsyat!!!jangan kejayaan ini menjadi istidraj pada anda , jangan sekali-kali anda berbangga-bangga sampai tak sedar itu adalah kurnian Allah janganlah anggap semua itu hasil kecerdikan anda sahaja , sedarlah semua itu kurnian Allah sahaja!!!

Pada yang tak najah pasti anda bersedih , kecewa dan macam-macam lagi yang anda rasai , itu adalah fitrah manusia tetapi yakinlah semua itu ada hikmah yang tak mampu kita jangkau dengan otak serahkan sahaja pada yang esa . tak najah bukan bermakna anda akan gagal selama-lamanya , bukan juga bermakna anda perlu berasa putus asa dalam belajar tetapi anggaplah kegagalan anda itu sebagai titik permulaan anda untuk terus berusaha dan berjaya pada tahun-tahun akan datang . yakinlah kesabaran anda akan membawa tuah pada suatu hari nanti dengan syarat anda tidak berputus asa dari RAHMAT ALLAH!!!

الصبر كالسبر # مرّ مذاقته
لكن عواقبه # أحلى من العسل

maksudnya : sabar itu ibarat jadam , pahit rasanya , tetapi natijahnya nanti , lebih manis dari manisan madu

Akhirnya sama-samalah kita nekad , buat azam baru untuk tahun yang akan kita hadapi , yang najah mabruk untuk anda , tekadkan usaha anda jangan berpada dengan yang ada yang tak najah lipat gandakan usaha anda tabahkan hati ingat kejayaan itu akan datang jua pada anda ia bukan sesuatu yang mustahil!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

©2009 .::zikroyat::. | Template Blue by TNB